Thursday, 1 March 2012

Lukisan

Baru-baru ini saya terjumpa lukisan-lukisan lama saya semasa saya masih sekolah. Baru saya sedar yang saya sudah lama tidak melukis. Selepas tamat pengajian, saya sudah jarang menyentuh pen, warna dan kertas.... menconteng pun tidak, apatah lagi membuat catan.

Saya dulu bercita-cita untuk menjadi pelukis, tetapi hasrat itu saya batalkan kerana bila saya menjadi pelukis, secara automatik saya akan menjadi jutawan. Lukisan saya akan terjual berjuta-juta ringgit tapi malangnya, saya tidak akan dapat merasa hasil jualan itu kerana lukisan hanya laku bila pelukisnya sudah mati. Kalau saya nak kaya, baik saya kaya sekarang. Anak cucu saya pandai-pandai cari harta sendiri.